Wednesday, October 27, 2010

pesanan luqman hakim

salam
semoga sama2 dapat manfaat...

  1. Hai anakku; ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWAISInya ialah IMAN danLAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.
  2. Orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.
  3. Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.
  4. Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.
  5. Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
  6. Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.
  7. Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.
  8. Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.
  9. Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.
  10. Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.
  11. Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
  12. Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja. 
  13. Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
  14. Makanlah makananmu bersama sama dengan orang - orang yang takwa danmusyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.
  15. Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
  16. Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah. 
  17. Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.
  18. Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu. 
  19. Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ (riak) yang akan mendatangkan cela pada dirimu.
  20. Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.
  21. Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.
  22. Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.
  23. Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.
  24. Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.
  25. Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.





Wednesday, October 20, 2010

 salam...


Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:surah al-Baqarah ayt 155

-Allah menguji kiter dengan macam2 cara..contohnya,dengan ketakutan...
apa yg aku takutkan pada ketika ini??(aku takut final exam yg nak dekat nih..banyak menda tak study lagi..).
kalu kekurangna harta plak..(di saat ini,aku betoi2 kering..ye r..dah nak abiss sem..)jadi,aku berkira2 tok balik setiap weekend bagi menampung perbelanjaan aku..)jika aku di uji begini...wut should i do??
answer:   bersabar....dan???

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali".surah al baqarah ayt 156


-ucaplah inna lillahi wa inna illaihi rajiun....ketika kiter ditimpa apa2 musibah..
kerana itu tanda kita redha dan sabar akan ujian Nya..
but,apa reward jika kiter sabar and redha???

Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang-orang yang dapat pertunjuk hidayahNya.surah al-Baqarah ayt 157
   
-jika kiter bersabar and redha..Allah akan bagi kiter ganjaran serta rahmatnya...
jadi,kepada diri sendiri...bersabarlah atas ujian yg tak seberapa ini...


*sesungguhnya yg menulis ini tidaklah lebih baik dari yg membaca.....













Tuesday, October 19, 2010

....bile nakk khawin???

salam...



kenapa masih solo???
tanyer sesorang kepada aku..

ini bukan aku!!pic ini sekadar hiasan 


answer:
1.aku belum cukup solehah untuk menerima seseorang yang soleh(jadi kena belajar untuk jadi org yg solehah dulu)

2.aku belum cukup bertanggungjawab untuk memikul tugas seorang isteri yg solehah kerana  aku tidak mahu membina jambatan ke neraka aku sendiri...

3.aku belum cukup sabar untuk melayan kerenah budak kecik sebab aku agak garang

4.aku tak habis degree lagi

5.aku tak balas jasa mak n ayah lagi

6.aku tak pandai masak lagi



 kesimpulanya,masih banyak yg aku kurang lagi...







Friday, October 15, 2010

..orthodontic...

salam...

tadi,aku pergi clinic gigi..
sepatutnya appoinment aku 3 minggu yg lalu..
tapi,disebabkan aku banyak benda tak satle lagi..jadi,aku memilih untuk wat ari nih..
aku masuk bilik doctor kol 9.00am kuar kol 9.40am..
ermmmm agak lama la aku kat dalam tuh..
sebabnya..ari nih aku kena cabut dua batang gigi..yg bhagian bawah punyer...
sebenarnya,aku dah dimaklumkan pon pasal pencabutan gigi aku last month lagi..
tu yg aku liat nak pergi clinic tuh..
takot kot..dah lama takcabut gigi..jadi,aku dah lupa perasaan cabot gigi tuh...
lagipun aku sengaja ja lambatkan appoinment sebab aku boleh makan puas2 before gigi dicabot...


tadi...time nak cabot gigi tuh...macam2 hal la berlaku..
leh plak gigi aku liat semacam jer tyme nak cabot tuh..
doctor banyak kali inject gigi aku tok bagi kebas..
ye r..kalu tak kebas sakit kot tyme cabot tuh..
aku bukan main cuak lagi tyme nak cabot tuh..sebaik doctor tuh calm kan aku..
die acik tanyer jer.."are u ok??"..
"take a breath..."slowly...good girl...."
fuyooo cam budak2 plak aku rase...hehhehehe
tapi,aku percaya kat doctor nih..sebabnya ...each tyme die nak cabot gigi aku..die mesti bace bismillah ..


so...aku tak da la takot sangat...
makasih doctor...u really calm me....
aku suka p clinic gigi..sebab clinic gigi aku cantik n banyak equipment yg canggih2...
this tyme aku punyer getah braces color purple+pink..









































..optimis terhadap Allah....

Optimis terhadap Allah...
Salam...
Semalam aku pergi bicara wanita...
Tajuk talk mlam tadi ialah optimis terhadap Allah...apa itu optimis...optimis ialah sejenis makanan kuning2 yg dibaluti dengan sos okonomiyaki dan di atasnya terdapat katsuobashi yg bergerak2...eeeee....eh tipu!



 Actually,optimis ialah besikap pojitip dlm satu perkara...disini aku ingin berkongsi ngan korunk satu rahsia...
Ari tuu tyme balik cuti raya aku telah mendapat sume paper mid term aku..sume paper ok..Alhamdulillah...tapi,ada satu paper nih aku fail dengan terok skali...tyme aku dapat paper nih aku cam terkedu tak terkata...sampai hilang mood aku tok study ari tuh...kiranya cam aku down gler r...sampaikan rase cam tak nak cakap ngna org len...nak menyendiri jer...pastu rasa cam nak kurung diri dlm peti ais..n nak bekukan diri n berharap otak pon beku n tak payah piker pasal paper yg fail tuh..tapi,aku lupa yg sebenarnya aku ada Allah.i have to put trust in HIM...sebaik ada kawan2 yg memberi semangat n mengigatkan.....Alhamdulillah...
Semalam aku belajar satu benda baru...kiter kna optimis dengan semua perkara...kalu dlm kes aku.....aku kna percaya yg Allah akan tolong aku...aku masih ada banyak masa lagi tok study before final.kalu Umar al-Khatab boleh optimis apatah laagi aku.nak diceritakan betapa positif nya beliau..dimana pada suatu ketika beliau berkata..
'kalau aku ada sebiji benih,tapi esoknya kiamat,aku akn tetap menanam benih ini'..Sunhanallah betapa optimis nya beliau...yg penting ,put trust in HIM!...bila aku pikir2 balik sebenarnya ini adalah satu peringatan kat aku...sekurang-kurangnya Allah ingatkan aku bila aku  jauh dariNya...ye r...myb before ni aku jauh menyimpang....so,nilah masa tok aku berpatah balik...insya Allah aku akan berusaha bersungguh2...kawan2,adik2,and all my cousin..plz pray for me!!
Sebelum nih...memeng aku akui yg aku sangat down...tapi,aku tau setiap org Allah bagi kelebihan masing2..every person has their own potential...cam member2 aku la..mereka sume pandai main badminton..tapi,aku tak..badminton pown tak reti main..slalu salah budget mana bola tuh jatuh..aku slalu dapat pukul angin jer..bola tah jatuh kemana...hehhhehe..oleh kerana aku tau yg potensi aku bukan pada badminton skill cam kawan2 aku.so,aku memilih tok amik skill counselling...yeh...itu jer yg aku pandai...kalu bab counselling menyeling nih..bagi jer pada aku,.insya Alalh anda akan termotivasi..heheheehe...

Satu lagi benda aku nak kongsi..


"Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya(Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir".Surah Yusuf ayat 87.
   
kalau kiter tengok ayat diatas,kita leh lihat bagaimana positinya nabi Yacob dalam mencari Yusuf and Bunyamin..he always put trust in Allah!how about us???


Soalan!!!
antara ijazah  yg kamu dapat tyme convocation n ijazah ke syurga dari Allah semasa  di padang masyar...which one do u prefer?? 

Tuesday, October 12, 2010

...ukhuwah...

salam..

semalam aku pergi usrah..cam biasa la..aku kan suka mendengar je dlm usrah..kalu akkak tu soh bagi pendapat..aku akan jawap sepatah dua ja...bukan tak nak jawap panjang2 tapi,tu je opinion yg aku ada..
aku ingat lagi time aku mula2 berkecimpung dlm dunia tarbiyah ni... mula2 aku masuk short sem kat uia ada sorang akak comey nih ajak aku n geng aku masuk usrah...mula2 tu cam rajin gak la p masjid join usrah...tapi,lama2 aku cam sepi jer dri tarbiyah..ermm mayb tyme tuh setan paling up telah meracuni diri aku...tapi,skang alhamdulillah..hati aku cam dah terbuka untuk join benda nih...
aku ingat lagi tyme aku mula2 pergi daurah...tyme tu wat kat surau ansar...
aku pergi sorang jer...tak da geng pown..tapi,sume akhwat tegur n welcome aku..terasa sedikit dihargai tyme tuh...makan pon kitorng makan dalam talam...at first aku cam tak selesa gak..tapi,demi menjaga hati orng aku try selesakan dri....cam ari senin ari tuh..kami buka pose sama2..tapi,aku tak pose pon..akak tu yg ajak aku buka sama..mula2 aku cam berat jer nak makn ngna dorang..bukan per..cam tak biasa skit la...aku kan pemalu..heheheh..sebenarnya,aku cam nak lari dari mkan dlm talam ngan dorang..tapi,aku try selesakan dri..tapi,ari tu lain sikit la..aku rase cam makan dlm talam  best..aku dapat rasakan yg nasi yg aku makan tu lebih sedap dri biasa...rasa cam BURGER KING!!eh tipu..mungkin sebab mkan ramai2 kot..tapi,aku cam pelik la..tak sangka makn dlm talam rasa nasi jadi lain..sedap semacam..dri situ,aku cam rasa lepas nih aku kna rajin makan sama ngn member usrah aku sbb selama nih aku slalu mengelak..mintak maap yea kawan2...aku da budget da..klau aku ada family sendiri.aku nak soh anak aku n oppa aku makan dalm talam.. mesti sweet klu kami satu family makan dlm talam...then,main suap2..haahahha..pastu jimat sikit penggunaan pinggan..basuh talam jer...pastu dorang mesti puji aku sbb ibu mereka sangat brilliant dlm bab jimat menjimat..dan aku akan jawap..this is about optimization!!ceh cam belajo DS plak...hehee


nie la talam yg bakal aku gunakan dengan family aku..
nanti aku nak decorate talam nih ngan ribbon n renda2..



sedikit pengkongsian..
kalu kiter period pe yg kita boleh buat??
1)baca mathurat
2)tadabbur ayat Quran
3)senyum
4)sedekah
5)banyak membaca
6)banyakkn berzikir









...Allah sayang kiter....

Memang hidup ini tidak akan pernah sunyi dari setiap dugaan dan ujian. Apa yang boleh ku katakan, sebagai umat Islam seharusnya kita yakin sesungguhnya setiap cabaran dan ujian hidup itu adalah bukti kasih sayang ALLAH terhadap kita.


Berdasarkan dalil daripada ayat 15-17, surah al-Fijr, kita harus fahami bahawa setiap kenikmatan dan kelapangan yang diberikan itu BUKAN bermakna ALLAH telah memberikan kemuliaan. Dan setiap orang yang diberikan ujian dan cubaan itu BUKAN bererti ALLAH telah menghinakannya.

Ibnu Qayyim dalam mensyarahkan dalil daripada ayat-ayat tersebut menyatakan golongan pertama itu sebenarnya telah diuji dengan beberapa kenikmatan dan golongan yang kedua itu pula telah dimuliakan dengan diberinya cubaan dan ujian.

Apa yang penting bersabar dan bermuhasabahlah selalu kepada ALLAH S.W.T. Setiap orang yang beriman pasti akan menerima cubaan. Yang pasti, setiap ujian itu akan sentiasa kita alami sepanjang hayat, cuma tahap dan bentuknya mungkin berbeza-beza.

Sebagaimana yang diriwayatkan dari sebuah hadis,

Saad bin Abi Waqqas pernah bertanya kepada Rasulullah S.A.W., Siapakah orang yang paling berat cubaannya ?

Jawab baginda, Di antara orang-orang yang paling berat cubaannya ialah para nabi, kemudian mereka yang seumpama dan seterusnya. Seseorang itu diuji sesuai dengan kadar agamanya. Jika dia mempunyai kekuatan dalam agamanya, maka beratlah ujian yang diterimanya. Sekira agamanya lemah, tentu dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Ujian akan selalu datang menimpa seorang hamba selagi dia masih berpijak di atas bumi, dan sehingga tiada lagi kesalahan padanya.
(Riwayat Tirmizi)

Setiap kali diuji, walau seberat manapun cabarannya, ketahuilah... ianya akan menjadi kayu pengukur yang menentukan keteguhan iman seseorang. Pelbagai ujian dan dugaan yang diterima itu, adalah bukti kasih sayang pencipta terhadap hambaNya. Dan juga untuk memastikan kita semua memiliki iman yang lebih kuat selepas berjaya menempuhnya dengan penuh kesabaran.

Imam Ghazali ada menulis di dalam kitabnya Mukasyafah Al Qulub,Sesungguhnya bala merupakan pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lupa. Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan bersabar.

Selain bersabar. Apa yang paling penting ingatlah ALLAH dan berdoalah selalu. Doa itu adalah ubat yang paling mujarab. Menurut Ibn Qayyim di dalam kitabnya Ad Da Wad Dawaa, Doa adalah musuh segala bencana. Ianya dapat menolak malah dapat menghilangkannya. Ataupun sekurang-kurangnya doa itu akan dapat meringankan segala bentuk musibah yang datang.

Sesungguhnya berdoa itu adalah senjata orang mukmin. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Al-Hakim di dalam kitab sahihnya yang berasal dari Ali bin Abi Talib ra., sabda Rasulullah S.A.W,

Doa adalah senjata orang mukmin, tiang agama dan cahaya langit serta bumi.

Akhir sekali, cuba baca perlahan-lahan dan hayatilah sabda Rasulullah S.A.W dibawah yang maksudnya cukup indah dan mendalam sekali. Semoga ianya serba sedikit boleh menjadi penawar ataupun sekurang-kurangnya memberi sedikit suntikan kekuatan untuk kita di dalam menempuh apa saja ujian yang datang.

Janji ALLAH dalam sabda Rasulullah S.A.W,

Tiada seorang Muslim pun yang ditimpa sesuatu yang menyakitkan berupa penyakit atau lainnya, melainkan kerananya ALLAH akan menghapuskan keburukan-keburukannya sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Semoga kita semua sentiasa bersabar, mengingati ALLAH dan berdoa selalu di dalam menghadapi apa saja bentuk ujian yang mendatang.

Wahai saudara-saudaraku, ingatlah.... 

" Apabila ALLAH cepat memakbulkan doamu....maka Dia menyayangimu. Namun bila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu....dan apabila Dia tidak memakbulkan doamu....maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik buatmu.....kerana kasih sayang ALLAH melebihi kemurkaanNya "

Jadi...... YAKIN DAN PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH menyayangimu...    

Nabi Muhammad S.A.W bersabda, " Sesungguhnya adakalanya ALLAH S.W.T telah menyediakan suatu darjat bagi seseorang tetapi tak dapat di capai dengan amalannya, sehingga di uji dengan bala yang menimpa pada jasmaninya maka tercapailah dengan itu"..... 
 
Wahb bin Munabbih berkata, " Saya telah mencatat dari kitab seorang dari Hawariyin: Jika ditimpa kepadamu bala maka tenangkan hatimu sebab engkau telah di jalankan di jalanan para Nabi dan solihin dan jika engkau diberi kepadamu kesenangan maka menangislah sebab engkau telah dijalankan di jalanan yang berlawanan dengan jalan yang di jalani oleh para Nabi dan solihin."... (Kitab Tanbihul Ghafilin)
*************************************************