Thursday, May 1, 2014

Allah sayang saya..Pengajaran besar dalam hidup!

Assalamualaikum..

Hai semua orang!harapannya anda semua sihat sejahtera..dah lama saya tak update blog..heee
Ingatkan dah nak tutup dan kuburkan saja blog nie tapi bila pikir sumbangan kepada masyarakat tak banyak so,niat tersebut dibiarkan berlalu bersama angin..cewahhh,,jiwang seh!heee

Alhamdulillah..pada hari buruh dan 1 rejab ini saya masih bernafas,saya masih boleh solat seperti biasa tanpa menggunakan kelonggaran ornag sakit..saya masih boleh jumpa mak dan ayah..Allah masih bagi masa untuk buat amal kebaikan..Allah masih bagi masa nak tambah nilai hidup ornag lain.SubhanaAllah luasnya rahmat dan kasih sayang Allah pada saya.

Lagi...Alhamdullillah tak terhingga kerana Allah beri saya pengajaran besar hari ini..Allah nak saya berfikir dan mengambil tindakan I guess.
Nie nak citer...pagi tadi lepas settle kan hal rumah dan diri saya pergi ke kedai service kereta.sebabnya incik oren dah bekerja lebih dari 40,000km,.so rasanya incik oren perlukan massage dan spa katanya..so,saya pun pergi ler kedai amalan barakah kat sebelah speed mart ampang dengan harapan incik oren boleh di groom dan service..namun, ku sangkakan panas rupanya hujan di tengah hari..Amalan barakah tutup! baru semangat nak service..okay.sila jangan sedih ea..next plan! pergi masukkan cash deposit kat maybank..semangat nak deposit cash sebab nak beli Refreshing Spray nie.
Ni die refreshing spray yang banyak bantu selesaikan masalah kelemumur para wanita!
iklan jap..heee



Sesampainya saya di maybank tersebut..tetibe ada seorang budak lelaki berumur lebih kurang 14 tahun datang kat saya..Die mintak rm 3 nak beli air.then,saya cakap ngan die nak bawak die pergi kedai mamak beli air..then,die cakap nak nasi plak..perasaan dalam hati macam dah lain.then,saya tanya die umah kat mana.dia kat kawasan berhampiran..then,saya  ckp la nak hantar die balik umah..pastu die kata tak payah dan berlalu pergi,,saya pun tak da la rasa ape..tapi bila masuk kereta tetibe rasa bersalah..salahkan diri sendiri..kenapa mesti kedekut??nak bagi adik tu makan je pun?ohhh..time tu perasaan bercampur baur..rasa bersalah menyelubungi urat saraf..then,,saya pusing kereta  area bank..harapnya dapat jumpa adik tu balik..Alhamdulillah..saya dapat jumpa adik tu depan Mcd..matanya melilau tengok menu Mcd..Ya Allah kejamnya saya..adik tu mesti lapar sangat..maafkan saya wahai Allah..then saya park kereta dan menuju ke adik itu..saya bawak die ke KFC dan beli makanan untuk dia..die mintak bungkus..dan kami berpisah.sekian

Harap2 rezeki yang saya sampaikan dapat tambah nilai hidup adik tu..apa yang paling menyedihkan ialah masih ada di kalangan adik2 yang meminta2..area kawasan umah saya plak tu..bukan tak boleh meminta tetapi macam sedih je bila pikirkan dimana ibu bapa dan penjaga adik2 ini..

Jika anda ibu bapa yang sibuk mencari rezeki ..silalah pastikan anak2 anda cukup makan..jangan biarkan mereka meminta-minta..ajarkan mereka dengan sifat syukur dan berusaha serta pergantungan pada Allah..jika anda penjaga adik2 ini..silalah pastikan anda menjalankan  tanggungjawab sebagai penjaga adik2 ini .lupakah anda kepada janji anda pada ibu bapa mereka??Anak adalah amanah..didik mereka dengan sifat kasih sayang...ajarkan mereka dengan rahmat kasih Allah yang luas supaya mereka merasai sayangnya Allah pada mereka..

Mungkin ada antara kita yang mengatakan inilah sindiket dan lain-lain..tapi bagi saya Allah sedang mengajarkan saya sesuatu..bak kata mentor saya DAO..power of sedekah!jadi,kalau nak bersedekah tak perlu pikir dan termenung..teruskan je.FAST ACTION FAST RESULT!

Sekian...