Sunday, March 10, 2013

Perubahan

Assalamualaikum..

Hari ni nak kongsikan perubahan yang berlaku pada diri.Apakah perubahanya..


I manage to lose 2.7 kg in one month!Alhamdulillah.Dengan izin Allah aku dapat kurangkan kilo dan visceral fat dlm badan..Syukur sangat-sangat..Semoga Allah beri rahmat atas apa yang aku lakukan sekarang..

Apa rahsianya???

Okay let me explain macam mana aku terjerumus dengan keputusan nak lose weight.Last month aku telah decide untuk amik HERBALIFE as salah satu usaha untuk kurus. Nape aku nak kuruuus sesangat nih??cam poyo je..

Sebabnya ialah dua bulan lepas aku pergi interview.Then, apa yang buat aku down ialah one of requirement utk satu company  nie ialah looking for person that have normal BMI.cehhh..abih tu orng yg tak berapa nak normal dan overweight skit-sikit cam aku cam mana??ok dah mula nak emosi..Astagfirullah..sila istighfar..Dan lagi satu sebab ialah aku start sedar yg sume cousin aku kurus-kurus..gambar kawen adik aku telah membuktikan segalanya.. Jadi, tanpa berlengah lagi.aku perlu mengubah cara pemakanan aku.aku terus cari kawan aku yg join HERBALIFE. Then ,apa lagi aku pun terus beli produk HERBALIFE.
salah satu usaha.
okay..utuk bulan pertama,disebabkan aku masih unemployed dan hanya ada budget sikit so,aku decide utk beli F1+aloe and teamix sahaja. aloe tu aku beli sbb nak merawat gastric.Alhamdulillah gastric lebih baik.

ini pelan pemakanan aku.
tiap-tiap hari aku makan shake pagi atau malam. F1 dicampur dgn buah (optional) dan jus delima.jus delima nih dah lama ada kat umah dan tiada siapa nak makan..so,baik aku amik manfaat dari buah syurga nie kan.inshaAllah dapat pahala.kalu lapar aku akan makan buah/kurma/buah tin..inshaAllah dpt pahala ikut sunnah

aloe nie plak aku makan tyme pagi atau malam..atau kedua-duanya..time lunch plak aku makan nasi cam biasa..hah.aku just tukar pemakanan tyme pagi atau malam shj..kalu ada kelapangan buat lah aerobic skit..bukak youtube dan type just dance..then,menarilah ikut figure yg ditunjukkan..kalu rajin jogging skali..inshaAllah usaha kita akan dpt kejayaan.jgn lupa doa sekali supaya Allah redha dgn usaha kita.

untuk pengetahuan,dengan hanya menggantikan set di atas untuk makan pagi/malam aku dapat turun sebanyak 2.7kg..Alhamdulillah.sikit ke byak tu belakang kira.asal turun kan.hehehe.lagipun aku makan shake sekali sehari je.nak budget kan..dapatlah untuk satu bulan.





okay start masuk bulan kedua, aku dah start amik F3.jadi,makanan pagi/malam untuk bulan nie makin  bertambahlah..utuk bulan nie aku amil F1 perisa strawberry.untuk pengetahuan korang teamix dan aloe tu had yang bulan lepas punyer tak habis lagi..hah.jimat kan.boleh pakai lama.kalau nak jimat lagi jadilah ahli...inshaAllah berbaloi.

okay.inshaAllah..cukup sebulan aku nak timbang lagi..nak tengok result cam mana..huhuhu..

kesimpulanya,jom lah sama-sama menuju hidup yang sehat sbb badan yg sehat adalah salah satu ciri Muslim.

bagi yang berminat atau ada pertanyaan sila hantar email anda disini penjagaterbaik@hotmail.com .

Friday, March 1, 2013

Jom pergi Jepun! urusan Visa mudah saja..

Assalamualaikum.

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

Dah lama rasenya tak update blog..last update tyme hati bergelora dulu..hehehe..sebaik dah remove entry melampau hari tuh..buat malu ja..heee

okay..buat pengetahuan kawan yg mengenali..aku masih unemployed..so,aku byak la masa nak menguruskan urusan visa family aku..so,aku nak bg tau kawan2 sume..kalu korang teringin nak pergi Jepun dan rasa cuak utk uruskan visa..Sila jgn takut ea..prosedurnya simple dan mudah..

Step yg perlu diambil kira seperti dibawah:Langkah ini diambil selalunya selepas dah booking tiket..Maknanya korang dah sedia utk diterbangkan ke bumi sakura.hee.

1) Kenalpasti tujuan nak pergi Jepun..adakah atas urusan kerja,melancong,melawat kawan @ sedara or beli part..boleh rujuk semua kategori ini dalam website Japan embassy in Malaysia.click sini.

2) Kalau dah kenalpasti tujuan lawatan..So,senang la nak sediakan documents yg diperlukan utk di lampirkan semasa  memohon visa. Sebagai contoh, family saya nak pergi Jepun sebab  nak melawat adik yang budget comey..so,kami pilih kategori visiting relatives@ friends.

3) Documents yang diperlukan adalah seperti berikut:

      # Original  Passport (pastikan tarikh passport tak luput ea)
      # Borang Permohonan Visa (attach sekali dgn pic visa yg berukuran 2in X 2in )
Contoh borang permohonan


      # Itinerary ( details perjalanan di Jepun )
Itinerary (contact boleh letak hotel num @ person )

       # Employment Certificate (self explanatory letter utk yg tak bekerja).untuk kes saya, mak bekerja di sektor gov so,minta opis buat surat pengesahan perkhidmatan in English)

          #  Personal savings, latest current account statement.Ayah pergi ke tabung haji dan minta account statement dan disahkan oleh pegawai..Kalau guna bank lain pon boleh dan minta pengesahan dgn pegawai di bank tersebut.(sila bawa yg original semasa urusan permohonan visa).

          #   Salinan surat nikah (untuk kes saya, surat nikah mak dan ayah) adik beradik yg lain tak kawen lagi..so,tak perlu pening kepala cari surat nikah or gatai kawen semata2 nak lampirkan surat..heee

          #  Guarantee Letter (Guarantor adalah adik saya yg kat Jepun tuh) so,tulis la detail beliau dekat part guarantor..Nama ayah saya letak kat visa applicant (as representative).Then, saya lampirkan kan senarai nama applicant yg lain.

          # Akhir sekali susun dokumen ikut turutan seperti di atas.Disebabkan adik saya pelajar disana. Jadi,saya kena lampirkan elien kad,passport, surat beranak adik saya,then, surat beranak kami anak beranak pn kena lampirkan sekali utk rujukan embassy.


Hah..mudah kan..Selepas semua dokumen sudah lengkap, boleh lah rasa confident pergi embassy dan mohon visa anda..part berapa dwet kena ada dlm account tuh tak perlu risau sbb embassy tak pernah state berapa amount yg diperlukan.Mereka akan periksa sama ada bilangan hari yg anda spend di Jepun dgn dwet yg anda ada berpatutan atau tidak..so,don't worry ea.Sila jgn datang pd pukul 12 tgh.sebab??embassy tutup dan anda kena teman pak guard tunggu kat luar smapai pukul 2pm.heee

Then,bila dah siap dan dah hantar kat embassy.Anda boleh kutip visa selepas 2 hari bekerja..


Ini ialah contoh visa yg dah siap! 

Bila dah siap sume visa.jadi boleh la tengok internet tempat2 menarik di Jepun sambil berangan-rangan dan senyum sendiri..Dan bagi orang macam saya yang tak pergi tp,mengorbankan diri utk sediakan visa family.Anda berhak minta saguhati drpd ahli keluarga anda..Semua org satu cenderahati dri Jepun!

Untuk memudahkan semua pihak,mak telah mengambil langkah yg bijak dgn membeli fail utk setiap orang.Dalam fail yg comey tuh boleh letakkan passport,tiket flight dan lain-lain dokumen seperti dibawah..

Semua orang ada fail masing2..sila contohi mak saya..hee



Mudah-mudahan dapat manfaat =)