Friday, March 1, 2013

Jom pergi Jepun! urusan Visa mudah saja..

Assalamualaikum.

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

Dah lama rasenya tak update blog..last update tyme hati bergelora dulu..hehehe..sebaik dah remove entry melampau hari tuh..buat malu ja..heee

okay..buat pengetahuan kawan yg mengenali..aku masih unemployed..so,aku byak la masa nak menguruskan urusan visa family aku..so,aku nak bg tau kawan2 sume..kalu korang teringin nak pergi Jepun dan rasa cuak utk uruskan visa..Sila jgn takut ea..prosedurnya simple dan mudah..

Step yg perlu diambil kira seperti dibawah:Langkah ini diambil selalunya selepas dah booking tiket..Maknanya korang dah sedia utk diterbangkan ke bumi sakura.hee.

1) Kenalpasti tujuan nak pergi Jepun..adakah atas urusan kerja,melancong,melawat kawan @ sedara or beli part..boleh rujuk semua kategori ini dalam website Japan embassy in Malaysia.click sini.

2) Kalau dah kenalpasti tujuan lawatan..So,senang la nak sediakan documents yg diperlukan utk di lampirkan semasa  memohon visa. Sebagai contoh, family saya nak pergi Jepun sebab  nak melawat adik yang budget comey..so,kami pilih kategori visiting relatives@ friends.

3) Documents yang diperlukan adalah seperti berikut:

      # Original  Passport (pastikan tarikh passport tak luput ea)
      # Borang Permohonan Visa (attach sekali dgn pic visa yg berukuran 2in X 2in )
Contoh borang permohonan


      # Itinerary ( details perjalanan di Jepun )
Itinerary (contact boleh letak hotel num @ person )

       # Employment Certificate (self explanatory letter utk yg tak bekerja).untuk kes saya, mak bekerja di sektor gov so,minta opis buat surat pengesahan perkhidmatan in English)

          #  Personal savings, latest current account statement.Ayah pergi ke tabung haji dan minta account statement dan disahkan oleh pegawai..Kalau guna bank lain pon boleh dan minta pengesahan dgn pegawai di bank tersebut.(sila bawa yg original semasa urusan permohonan visa).

          #   Salinan surat nikah (untuk kes saya, surat nikah mak dan ayah) adik beradik yg lain tak kawen lagi..so,tak perlu pening kepala cari surat nikah or gatai kawen semata2 nak lampirkan surat..heee

          #  Guarantee Letter (Guarantor adalah adik saya yg kat Jepun tuh) so,tulis la detail beliau dekat part guarantor..Nama ayah saya letak kat visa applicant (as representative).Then, saya lampirkan kan senarai nama applicant yg lain.

          # Akhir sekali susun dokumen ikut turutan seperti di atas.Disebabkan adik saya pelajar disana. Jadi,saya kena lampirkan elien kad,passport, surat beranak adik saya,then, surat beranak kami anak beranak pn kena lampirkan sekali utk rujukan embassy.


Hah..mudah kan..Selepas semua dokumen sudah lengkap, boleh lah rasa confident pergi embassy dan mohon visa anda..part berapa dwet kena ada dlm account tuh tak perlu risau sbb embassy tak pernah state berapa amount yg diperlukan.Mereka akan periksa sama ada bilangan hari yg anda spend di Jepun dgn dwet yg anda ada berpatutan atau tidak..so,don't worry ea.Sila jgn datang pd pukul 12 tgh.sebab??embassy tutup dan anda kena teman pak guard tunggu kat luar smapai pukul 2pm.heee

Then,bila dah siap dan dah hantar kat embassy.Anda boleh kutip visa selepas 2 hari bekerja..


Ini ialah contoh visa yg dah siap! 

Bila dah siap sume visa.jadi boleh la tengok internet tempat2 menarik di Jepun sambil berangan-rangan dan senyum sendiri..Dan bagi orang macam saya yang tak pergi tp,mengorbankan diri utk sediakan visa family.Anda berhak minta saguhati drpd ahli keluarga anda..Semua org satu cenderahati dri Jepun!

Untuk memudahkan semua pihak,mak telah mengambil langkah yg bijak dgn membeli fail utk setiap orang.Dalam fail yg comey tuh boleh letakkan passport,tiket flight dan lain-lain dokumen seperti dibawah..

Semua orang ada fail masing2..sila contohi mak saya..hee



Mudah-mudahan dapat manfaat =)

No comments: