Friday, November 27, 2009

salam aidiladha



salam.. dikesempatan ni saya k_______ ha______ ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha kpda rakan2 n taulan...even,kitr sume tak wat korban taun nie...hehhehehe tapi,tak tau la kalu ader antara korang yg wat korban plak...kalu ader.alhamdulillah.. actually,aku nk brkongsi cter perjalanan hari raya haji yang aku abiskan dirumah.emmm..tis year agak sedey gak r coz tak blik rayer kat kg..tpi,tak pe la sbb raya ari tu da blik kg..so..tak de la rase kumpunan sgt...lgipun adik tak blik pon taun nie... nak dijadikan cter..every year,ktorang sama2 stu fmily akan pergi ke surau tok solat raya bersama2...lepas blik surau..as usual..aku adalah insan pertama yg akan membuka tudung salji..bukan per..saje nak tgok pe rezeki dipagi raye..hehhehehe emm bila da bukak tuu pe lagi...msti r pergi dapur amik pinggannn lalu beta pon menyantap... taun nie..mak masak nasi ayam,mee kari,nasi impit n kuah kacang serta kerang rendang.. emm cam biasalah tiap taun pon aku lah org yg akan mengopek kerang tuuu...abih kuku i...hehhehehe lepas acara menyantap,,aku akn menjadi peminat setia rancangan tv..ye r tak de pe yg nak dibuat.. so..itu je la keje aku...acara aku tu akn berterusan smpai la ade tetamu yg datang..hehhehe tapi,ape2 pon hari raya haji nie memng mmeberi erti pada aku sbb kat tv byak cter yang sedap n enak ditonton...alhamdulillah...aku hnyaa berharap aku dberi peluang tok menyambut hari raya haji tok nex year... semoga Allah panjangkan umur kmi sekeluarga..mane tau kami di beri peluang tok menjadi tetamu Mu ya Allah...

Saturday, November 21, 2009

Volunteering at Zoo Negara...




salam...
actually.da lame da wat volunteering service kat zoo negara..
tapi,bru ari ni dapat nak berkongsi perasaan..
emmm..tapi,susu da cter kat blog die...
but,tis is my version..
idea tok wat volunteering nih tercetus dri group leadership ktorg..
dok pk2 nak wat prog pe...tetibe dpt wat idea tok wat prog nih..
lgpun prog ni simple je..
x yah pening kpala nak wat proposal..
okeh...seperti yg tlh dijjanjikn ari berkenaan telah tibe...
tapi,yg best nyer ktorg kn smpi kat zoo tu b4 kol ..
perghh parah2...
tapi,alhamdulillah..we make it...
makasih kat kak wanah sbb sudi hntr kitorg...
arigatou gozaimasu!!
nak dijadikan cter ...wat prog kat zoo ngara memang best...
dpt new experience...
alhamdulillah..evrything going smoothly...
makasih kat kawan2 yg bgi full commitment tok jayakan prog nih..
thanks ya....
kat cni korang leh tgok pic time kat zoo dlu...ader gak pic time presentation leadership..n ader gak camel tgah mengaru badsan die dgn mengesel kat kayu..hehehehe

Friday, November 20, 2009

kirohige kipatsu...


emmm..alhamdulillah da abih xm..leh la relax2 jap..
tapi.lepas nih lg cuak..nak tgu result r plak...
insyaAllah dberi result yg bek2.lgipun kami da berusaha..
emmm...pnah tgok tak permainan kirohige kipatsu...
yang kat dlm pic tuu model taun 2000...so,da lame sgt...
tapi,best r gak kalu men..
kirenya nie antara mainan yg mendebarkan la...
heheheehe
first time men..cuak kot..
ye r tgh syok2 men cucuk2 pastu benda tu melompat..
tekezut i...
heheehehe
tapi,yg best nyer mainan nie akan ader model yg terbaru..
yag paling bru kat jepon,lagi best..
b4 mainan tu melompat,akan ader suara n card yg melompat...
fuhhh..
hebat kan...
tapi,2 la...harga cecah riban kot...
emm bek g wat sedut lemak..hehehehehe
ape2 pon syabas r kat Tomy..company yg fabricate bnda2 yg mnegembirakan org nih..
terutamanya org cam aku...

Saturday, November 14, 2009

Sakaratul Maut

Tipu Daya Syaitan





Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."
Syaitan dan Iblis akan sentiasa mengganggu manusia bermula dengan memperdayakan manusia sejak terjadinya dengan setitik air mani sehingga ke akhir hayat seseorang hamba Allah itu. Malah, paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.

Hadis Rasulullah s.a.w menerangkan yang bermaksud: "Ya Allah! Aku berlindung dengan Engkau daripada perdaya syaitan di waktu maut".

Rombongan Satu

Datang Iblis dengan banyaknya serta pelbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain serta makanan dan minuman yang
lazat. Disebabkan orang dalam sakaratul maut itu pada masa hidupnya tamak dan haloba kepada barang-barang itu, maka diraba dan disentuhnya barangan Iblis dan pada waktu itu nyawanya terputus dari tubuh. Inlah yang dikatakan mati lalai dan lupa kepada Allah SWT. Inilah jenis mati fasik dan munafik, dan nerakalah tempatnya.

Rombongan Dua

Datang Iblis kepada orang dalam sakaratul maut itu dengan menyerupai binatang ditakuti seperti harimau, singa, ular dan kala jengking berbisa. Apabila orang dalam sakaratul maut itu memandang binatang itu dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Seketika itu juga akan putus nyawa dari badannya. Maka matinya disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT. Matinya sebagai fasik dan munafik dan ke nerakalah tempatnya.

Rombongan Tiga

Datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang dalam sakaratul maut dengan menyerupai binatang yang menjadi minat orang hendak mati itu. Kalau orang itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung dan jika dia minat dengan kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan kuda lumba (judi). Jika dia minat dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang itu meraba-raba binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia mati, maka matinya dalam keadaan lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya adalah mati fasik dan munafik, dan ke nerakalah tempatnya.

Rombongan Empat

Datang Iblis menyerupai orang paling dibenci oleh orang yang akan mati itu, seperti musuhnya ketika hidupnya. Orang dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya. Waktu itulah maut datang dan matilah dia sebagai mati fasik dan munafik, dan ke nerakalah tempatnya.

Rombongan Lima

Datang Iblis menyerupai sanak-saudara orang yang hendak mati itu, seperti ayah ibunya, dengan membawa makanan dan minuman. Orang yang dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan, lalu dia menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh Iblis yang menyerupai si ayah dan ibu. Berkata dia dengan merayu, "Wahai anakku, ini saja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga." Dia pun sudi mengikut pelawaan itu tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya sampai lalu matilah dia dalam keadaan kafir kekal ia dalam neraka dan terhapus semua amal kebajikan semasa hidupnya.

Rombongan Enam

Datang Iblis menyerupai ulama yang membawa banyak kitab, lalu berkata ia, "Wahai muridku, lama sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini. Oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu." Lalu diminumnya ubat itu, maka hilang rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datang pula Iblis yang menyerupai ulama dengan berkata, "Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat supaya kamu mati dalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?" "Berkata orang dalam sakaratul maut itu, "Aku tidak tahu." Ulama Iblis kemudian berkata, "Ketahuilah aku ulama yang tinggi dan hebat, baru kembali dari alam ghaib dan mendapat syurga yang tinggi. Cuba kamu lihat syurga yang disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami."

Ketika orang dalam sakaratul maut itu memandang ke kanan dan ke kiri dan dilihatnya semua sanak-saudaranya dalam kesenangan syurga (syurga palsu yang dibentangkan Iblis bagi mengacau orang dalam sakaratul maut). Kemudian orang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulama palsu, "Bagaimanakah zat Allah?" Iblis berasa gembira apabila jeratnya mengena. Lalu berkatalah ulama palsu, "Tunggu, sebentar lagi dinding tirai akan dibuka kepadamu." Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna-warni itu, orang dalam sakaratul maut itu dapat melihat satu benda sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi. Berkatalah Iblis, "Itulah dia zat Allah yang patut kita sembah."

Berkata orang dalam sakaratul maut, "Wahai guruku, bukankah itu benda benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kiri dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya. Sedangkan zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaanya dari yang diketahui dulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda besar ini." Dalam keraguan itu Malaikat maut datang terus mencabut nyawanya maka matilah orang itu dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal dalam neraka dan terhapus segala amalan baik selama hidupnya di dunia.

Rombongan Tujuh

Rombongan Iblis yang ketujuh ini membabitkan 72 barisan, kerana dia menepati iktikad Nabi Muhammad s.a.w bahawa umat Nabi akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) manakala lagi satu masuk neraka kerana sesat.
Ketahuilah bahawa Iblis akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam, yang setiap satu berlainan dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendakl ah kita mengajar orang yang hampir meninggal dunia akan talkin "Laa ilaahaillallah" untuk menyelamatkannya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan bersungguh-sungguh mengacau orang dalam sakaratul maut. Bersesuaian dengan sebuah hadis yang bermaksud, "Ajarkan oleh kamu (orangyang masih hidup) kepada orang yang mati itu "Laa ilaahaillallah."

Friday, November 6, 2009

INGATLAH WAHAI WANITA......

"Perempuan yg suci adalah perempuan yg dijaga oleh ALLAH, tidak sedikit pun ALLAH m'benarkan mna2 lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya... Kerana ALLAH teramat mencintainya... Tetapi andai kita b'gelumang dgn cnta lelaki, dimana ALLAH UTK MENJAGA KITA? ALLAH seolah-olah melepaskan kita kpd seorg mnusia yg lebih bnyk mengecewakan kta.. "

"Jika ALLAH dtgkan kesederan dlm diri supaya meninggal cnta seorg lelaki, b'mkna ALLAH mahu ambl kta kmbali utk dijaga-Nya. Mengapa masih ragu2 ?? "

"Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari. Hargailah di ats kesempatan yg ALLAH berikan.. "

"Sebesar-besar dosa adalah dosa yg dilakukan ketika kta rsa b'dosa melakukannya... (Imam al-Ghazali) "

Thursday, November 5, 2009

Allah Mencintai mu dengan nikmat, mengapa membalasnya dengan maksiat?"

emmmm....
skang nie sume org bz nak final xm..
macam2 ragam yg dpt aku tgk...
ader yng makan smbil pegang note,cuak pon ade gak...ish2(sebaik tak makn skali note tu)
ader yg melepaskan perasaan kat status yahoo..
emmm..macam2 la korang nie..
secara jujurnya aku pon agak tertekan dgn final xm nie...
tapi,ape nak wat ...dugaan...name pon student bnda nie la yang kena kiter lalui..
dapat tak dapat...kna jugak xm..nie la yg dapat mengukur tahap kefahaman kiter time dlam klas...
tapi,,bg aku dugaan tu tak berapa nak berat kalu dibandngkan ngan dugaa wireless kat blik aku...
fuhhh tekanan beb..
time2 nak xm nie la wireless dapat kat bilik...
emmm aku cam biase r biler da dpt internet nie...luper dri r..
abih sume bnda yg bole di doWnload aku download...
nak2 vid koishite akuma...(nie sume salah internet)
ish2..trok btol...
2 la org cakap, Allah beri kiter nikmat,tapi kiter balas dgn maksiat..
astagfirullahalazim...
so,lepas nie kurang2 kanlah dok layan internet nie...
bek prepare tok xm...
okeh la
smpai d cni ja dlu..
ja ne...:-)