Friday, December 31, 2010

Yang cantik manis itu

wanita solehah itu aurat dijaga,
pergaulan dipagari,
sifat malu pengikat diri,
seindah hiasan didunia ini


keayuan wanita solehah itu ,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaanya,
daya penarik wanita solehah itu,
bukan pada kemanisan bicaranya yang menggoncangkan iman para muslimin,
dan bukan pula terletak pada kebijaksanaanya bermain lidah,memujuk rayu,


bukan dan tidak sama sekali,
kepetahan wanita solehah,
bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
tapi,pada perjuanganya meningkatkan martabat agama,


nafsu mengatakan wanita cantik paras rupa yg indah,bak permata yg menyeri alam,
akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan,
dan kekebalanya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai,


wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
kerana suatu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman,
tetapi jaga  dan peliharalah kecantikan dalaman,
agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat rahmat ilahi,


wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu
dunaiawi yg engkau kuasai,
kerana ada lagi manusia yg lebih berpengetahuaan darimu,
wahai wanita janaganlah dukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yg lebih malang darimu...


wahai wanita solehah jangan dirisau jodohmu,
kerana muslimin yg bijaksana itu tidak terpaut pada wanita hanya kerana kecantikanya,
bersyukurlah diatas apa yg ada,
serta berusaha demi keluarga,bangsa dan agama,




p/s:lets ask Allah to make us "toyyibat" so that we can find our "toyyibin"

No comments: