Saturday, March 19, 2016

ZIARAH MADINAH DAN MEKAH

Assalammualaikum..

Dah lama tak update blog kan..bertahun lamanya..huhu

hari ni, gagahkan jugak untuk update sebab nak bagi manfaat pada korang..inshaAllah

Alhamdulillah pada 5 hingga 15 mac 2016.aku mak dan ayah dijemput menjadi tetamu Allah dan tetamu Rasulullah..

Maka, pada tanggal 5 hb Mac bermulalah perjalanan kami ke Jedah seterusnya ke Kota madina untuk berjiran dengan kekasih Allah,Rasulullah saw. kami terbang dengan Air asia X! Tu pasal seat merahh..hehe



Sebelum berangkat ke Tanah Haram ada beberapa tips yang perlu korang amalkan..Sangat berguna.

1) Betulkan niat.Niatkan kita pergi umrah sebab Allah..the only reason is because of HIM!kalau sekarang ada niat lain..please cepat tukar!Sebabnya, segala kepayahan yg dilalui nanti kita akan positif sebab segala kesusahan kita percaya Allah yg akan ganjari..

2) Persiapan ilmu mengerjakan ibadah UMRAH..ini pun benda WAJIB yg korang kena buat..kita bukan pergi untuk melancong tau..tapi pergi utk ziarah Baitullah..Ak pergi dengan travel agensi Andalusia so, pergi kursus banyak kali sebab umah dekat..Alhamdulillah rezeki,kalau  tak sempat pergi kelas cari ilmu dri utube pun okay..Moga usaha anda Allah ganjari!

3)Latih diri jadi lebih baikkk..sebabnya nak latih bila da sampai sana nanti..Kalau korang ni suka ngata orang, sampai sana InshaAllah perangai akan sama or mybe worse! trust me..thays why kena ubah perangai dari sini..Banyakkn solat taubat,hajat dan zikir..Kalau niat korang nak shopping je better tak yah susah susah apply visa umrah sebabnya ibadah umrah ni nampak senang tapi dugaan semasa nak tunaikan agak sukar..kena banyak sabar..janganlah kita dtg jauh jauh tapi tak dpaat ganjaran dari Allah ..kan ke rugi??

4) Persiapan kelengkapan diri,, Andalusia ada bagi list barang yg perlu dibawa..pilihlah mana yang suitable dengan diri..jangan la nak bawak satu almari..kalau dah penuh bag mana nak letak brg brg yg kita beli nanti..huhuhu..Kalau ak hari tu memnag dah aim nak beli jubah kat madinah so, sikit jer le baju yg ak bawak..basuh baju pun tak selalu..huhu

5) Persiapan hari kejadian,mandi sunat musafir, solat sunat musafir,solat dhuha,doa musafir

Okay siap semua persiapan, kami pun berangkat ke Jedaah dengan rasa penghambaan kepada Allah yg Esa..perjalanan lebih kurang 8 jam..so, dalam flight tu gunakan masa sebaik baiknya,, bawak Al Quran kecik..so boleh baca, bawah tasbih boleh zikir, banyakkan berdoa sebab kita musafir..doa lah yg baik baik..untuk yang pergi dengan mak ayah, niatkan dalam hati utk menjadi anak yg baik dan menyantuni sepanjang perjalanan dan keberadaan di sana..Alhamdulillah Allah makbulkan..


Friday, September 26, 2014

Jom Tukar Simkad Tone Excel!

Assalammualaikum kawan-kawan..

Hari ni nak share sikit kenapa aku decide untuk tukar simkad TONE EXCEL.
sebabnya simple..dari dulu aku cadang nak subcribe internet kat handphone tapi kalu boleh nak cari yang berbaloi dan murah..hehehe..aku nie memang org yang berkira.

sedang aku mealyari kehidupan seperti biasa..tetibe ada cousin approch and citer pasal simkad MAGIC nih..aku pun lepas dengar benefits yang bakal aku peroleh sebagai pengguna simkad aku terus daftar sebagai ahli..


Hahhahha..dah daftar!
Ni la pic simkad magic tone excel

Antara benefit yang  aku perolehi adalah:

1) Dapat kawal perbelanjaan bulanan.Sebab apa aku kata boleh kawal perbelanjaan bulanan.Ok aku bagi contoh ek..Bila aku topup rm 50 aku akan dapat extra rm 20.best kan!kira brapa jumlah topup aku rm50+rm20=rm70 banyak tuh..ada telco lain bagi cam tu?mestilah tak..

2)Keduanya,aku boleh layari internet selama 3o hari dgn bayar rm42 jewww untuk 1 G..ok la kan..

Calculation nya simple jew..rm70-rm42=rm28..bagi aku rm28 utuk call and sms sebulan nie memang ler cukup berbaloi baloi..so,sekarang budget aku utk topup hanya rm50 je..memang berbaloi-baloi kannnnn..

3) Bila aku topup rm5o nie..aku akn dapat point dan cash. dapat cash??yer aku dapat duit sbb aku topup!percaya ker percaya..hihihi

Contoh..bila aku topup rm50.aku dapat point 120..so bila dah setahun aku topup,point aku akan jadi 120X12=1440..so,aku pun pergi tengok kat website dan tebus tiket penerbangan air asia..Lokasi penerbangan bergantung kpd point yang kita kumpul..

Contoh cash rebate plak?  let say aku topup rm50..aku akan dapat 3% dari rm 50 tuh..iaitu rm 1.50.so sebagai pengguna tak rugi la kan kalau topup tapi dapat duit..tapi duit nie akan dikumpul sampai hujung tahun dan akan dimasukkan dalam akaun kita..cam mana plak leh tau akaun kita kan..hihihih..senang je..
masa korang daftar simkad nie korang kena bagi no akaun..best kan!cukup tahun dapat duit.

4) Yang keempat..dapat perlindungan insurance sebanyak rm100K!iaitu rm 100,000.00  banyak tuh kosong..so sekarang tiap-tiap bulan..aku hanya perlu peruntukkan  rm 50 utk dapatkan perlindungan insurance dan untuk duit topup..best kan!sangat jimat dan berbaloi!topup dan insurance dalam satu masa

5) Kalau bagi sesiapa yang rajin dan nak jana pendapatan sampingan.korang leh jer buat bisnes  tone excel nie..kerja tak susah pun..just kongsikan kebaikan simakd magic nie kepada ahli keluarga dan rakan-rakan..senang kan!yang paling aku suka adalah..pendapatan aku dalam tone excel nie boleh DIWARISI!!!!!so kita boleh plan utk masa depan family kita kan..

SO,Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal simakd magic nie sila  KLIK SINI  kalau nak mimum lepak-lepak sambil citer simkad nie leh watsup no nie 013-6285711..selamat berfikir :)


Tuesday, September 16, 2014

Rumah Penjagaan Warga emas dan Titian Nur

Assalammulaikum


Sekarang semua orang nak jadi kaya dan nak jadi jutawan.Tak salah kalau kita ada impian macam tu.Tapi mungkin korang perlu tambah sikit belakang ayat jutawan tuh..Kalau nak jadi jutawan biarlah besar sikit impian tu..jadi JUTAWAN DuNIA DAN AKHIRAT! woow!! coolkan bunyinya..lagi cool kalau kita dihadapan Allah nanti banyak saham kita depan DIA.

So,kawan-kawan yang cool sekalian..Macam mana nak tambah asset/saham akhirat kita??Senang jer..banyakkan bersedekah.



Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." 
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya) 


Bagi kawan-kawan yang yang nak bersedekah,saya ada cadangan!anda boleh ziarah rumah Penjagaan An Nur..Rumah nie rumah jagaan OKU dan warga tua...



Korang jugak boleh dapatkan detail rumah seperti dibawah nie 







Apa-apa pun anda boleh contact sendiri Puan Normah untuk visit dan sampaikan sumbangan.

Semoga amalan kita semua diterima Allah;)



Sunday, September 14, 2014

Teach your children to read!

Dear parents,


If you believe that teaching your child to read and helping
 your child develop proficient reading skills is the key to success in life..
You MUST buy this book Click Here.Come and grab this opportunity to be a great parents to your children! 




Thursday, May 1, 2014

Allah sayang saya..Pengajaran besar dalam hidup!

Assalamualaikum..

Hai semua orang!harapannya anda semua sihat sejahtera..dah lama saya tak update blog..heee
Ingatkan dah nak tutup dan kuburkan saja blog nie tapi bila pikir sumbangan kepada masyarakat tak banyak so,niat tersebut dibiarkan berlalu bersama angin..cewahhh,,jiwang seh!heee

Alhamdulillah..pada hari buruh dan 1 rejab ini saya masih bernafas,saya masih boleh solat seperti biasa tanpa menggunakan kelonggaran ornag sakit..saya masih boleh jumpa mak dan ayah..Allah masih bagi masa untuk buat amal kebaikan..Allah masih bagi masa nak tambah nilai hidup ornag lain.SubhanaAllah luasnya rahmat dan kasih sayang Allah pada saya.

Lagi...Alhamdullillah tak terhingga kerana Allah beri saya pengajaran besar hari ini..Allah nak saya berfikir dan mengambil tindakan I guess.
Nie nak citer...pagi tadi lepas settle kan hal rumah dan diri saya pergi ke kedai service kereta.sebabnya incik oren dah bekerja lebih dari 40,000km,.so rasanya incik oren perlukan massage dan spa katanya..so,saya pun pergi ler kedai amalan barakah kat sebelah speed mart ampang dengan harapan incik oren boleh di groom dan service..namun, ku sangkakan panas rupanya hujan di tengah hari..Amalan barakah tutup! baru semangat nak service..okay.sila jangan sedih ea..next plan! pergi masukkan cash deposit kat maybank..semangat nak deposit cash sebab nak beli Refreshing Spray nie.
Ni die refreshing spray yang banyak bantu selesaikan masalah kelemumur para wanita!
iklan jap..heee



Sesampainya saya di maybank tersebut..tetibe ada seorang budak lelaki berumur lebih kurang 14 tahun datang kat saya..Die mintak rm 3 nak beli air.then,saya cakap ngan die nak bawak die pergi kedai mamak beli air..then,die cakap nak nasi plak..perasaan dalam hati macam dah lain.then,saya tanya die umah kat mana.dia kat kawasan berhampiran..then,saya  ckp la nak hantar die balik umah..pastu die kata tak payah dan berlalu pergi,,saya pun tak da la rasa ape..tapi bila masuk kereta tetibe rasa bersalah..salahkan diri sendiri..kenapa mesti kedekut??nak bagi adik tu makan je pun?ohhh..time tu perasaan bercampur baur..rasa bersalah menyelubungi urat saraf..then,,saya pusing kereta  area bank..harapnya dapat jumpa adik tu balik..Alhamdulillah..saya dapat jumpa adik tu depan Mcd..matanya melilau tengok menu Mcd..Ya Allah kejamnya saya..adik tu mesti lapar sangat..maafkan saya wahai Allah..then saya park kereta dan menuju ke adik itu..saya bawak die ke KFC dan beli makanan untuk dia..die mintak bungkus..dan kami berpisah.sekian

Harap2 rezeki yang saya sampaikan dapat tambah nilai hidup adik tu..apa yang paling menyedihkan ialah masih ada di kalangan adik2 yang meminta2..area kawasan umah saya plak tu..bukan tak boleh meminta tetapi macam sedih je bila pikirkan dimana ibu bapa dan penjaga adik2 ini..

Jika anda ibu bapa yang sibuk mencari rezeki ..silalah pastikan anak2 anda cukup makan..jangan biarkan mereka meminta-minta..ajarkan mereka dengan sifat syukur dan berusaha serta pergantungan pada Allah..jika anda penjaga adik2 ini..silalah pastikan anda menjalankan  tanggungjawab sebagai penjaga adik2 ini .lupakah anda kepada janji anda pada ibu bapa mereka??Anak adalah amanah..didik mereka dengan sifat kasih sayang...ajarkan mereka dengan rahmat kasih Allah yang luas supaya mereka merasai sayangnya Allah pada mereka..

Mungkin ada antara kita yang mengatakan inilah sindiket dan lain-lain..tapi bagi saya Allah sedang mengajarkan saya sesuatu..bak kata mentor saya DAO..power of sedekah!jadi,kalau nak bersedekah tak perlu pikir dan termenung..teruskan je.FAST ACTION FAST RESULT!

Sekian...


Sunday, March 10, 2013

Perubahan

Assalamualaikum..

Hari ni nak kongsikan perubahan yang berlaku pada diri.Apakah perubahanya..


I manage to lose 2.7 kg in one month!Alhamdulillah.Dengan izin Allah aku dapat kurangkan kilo dan visceral fat dlm badan..Syukur sangat-sangat..Semoga Allah beri rahmat atas apa yang aku lakukan sekarang..

Apa rahsianya???

Okay let me explain macam mana aku terjerumus dengan keputusan nak lose weight.Last month aku telah decide untuk amik HERBALIFE as salah satu usaha untuk kurus. Nape aku nak kuruuus sesangat nih??cam poyo je..

Sebabnya ialah dua bulan lepas aku pergi interview.Then, apa yang buat aku down ialah one of requirement utk satu company  nie ialah looking for person that have normal BMI.cehhh..abih tu orng yg tak berapa nak normal dan overweight skit-sikit cam aku cam mana??ok dah mula nak emosi..Astagfirullah..sila istighfar..Dan lagi satu sebab ialah aku start sedar yg sume cousin aku kurus-kurus..gambar kawen adik aku telah membuktikan segalanya.. Jadi, tanpa berlengah lagi.aku perlu mengubah cara pemakanan aku.aku terus cari kawan aku yg join HERBALIFE. Then ,apa lagi aku pun terus beli produk HERBALIFE.
salah satu usaha.
okay..utuk bulan pertama,disebabkan aku masih unemployed dan hanya ada budget sikit so,aku decide utk beli F1+aloe and teamix sahaja. aloe tu aku beli sbb nak merawat gastric.Alhamdulillah gastric lebih baik.

ini pelan pemakanan aku.
tiap-tiap hari aku makan shake pagi atau malam. F1 dicampur dgn buah (optional) dan jus delima.jus delima nih dah lama ada kat umah dan tiada siapa nak makan..so,baik aku amik manfaat dari buah syurga nie kan.inshaAllah dapat pahala.kalu lapar aku akan makan buah/kurma/buah tin..inshaAllah dpt pahala ikut sunnah

aloe nie plak aku makan tyme pagi atau malam..atau kedua-duanya..time lunch plak aku makan nasi cam biasa..hah.aku just tukar pemakanan tyme pagi atau malam shj..kalu ada kelapangan buat lah aerobic skit..bukak youtube dan type just dance..then,menarilah ikut figure yg ditunjukkan..kalu rajin jogging skali..inshaAllah usaha kita akan dpt kejayaan.jgn lupa doa sekali supaya Allah redha dgn usaha kita.

untuk pengetahuan,dengan hanya menggantikan set di atas untuk makan pagi/malam aku dapat turun sebanyak 2.7kg..Alhamdulillah.sikit ke byak tu belakang kira.asal turun kan.hehehe.lagipun aku makan shake sekali sehari je.nak budget kan..dapatlah untuk satu bulan.





okay start masuk bulan kedua, aku dah start amik F3.jadi,makanan pagi/malam untuk bulan nie makin  bertambahlah..utuk bulan nie aku amil F1 perisa strawberry.untuk pengetahuan korang teamix dan aloe tu had yang bulan lepas punyer tak habis lagi..hah.jimat kan.boleh pakai lama.kalau nak jimat lagi jadilah ahli...inshaAllah berbaloi.

okay.inshaAllah..cukup sebulan aku nak timbang lagi..nak tengok result cam mana..huhuhu..

kesimpulanya,jom lah sama-sama menuju hidup yang sehat sbb badan yg sehat adalah salah satu ciri Muslim.

bagi yang berminat atau ada pertanyaan sila hantar email anda disini penjagaterbaik@hotmail.com .

Friday, March 1, 2013

Jom pergi Jepun! urusan Visa mudah saja..

Assalamualaikum.

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

Dah lama rasenya tak update blog..last update tyme hati bergelora dulu..hehehe..sebaik dah remove entry melampau hari tuh..buat malu ja..heee

okay..buat pengetahuan kawan yg mengenali..aku masih unemployed..so,aku byak la masa nak menguruskan urusan visa family aku..so,aku nak bg tau kawan2 sume..kalu korang teringin nak pergi Jepun dan rasa cuak utk uruskan visa..Sila jgn takut ea..prosedurnya simple dan mudah..

Step yg perlu diambil kira seperti dibawah:Langkah ini diambil selalunya selepas dah booking tiket..Maknanya korang dah sedia utk diterbangkan ke bumi sakura.hee.

1) Kenalpasti tujuan nak pergi Jepun..adakah atas urusan kerja,melancong,melawat kawan @ sedara or beli part..boleh rujuk semua kategori ini dalam website Japan embassy in Malaysia.click sini.

2) Kalau dah kenalpasti tujuan lawatan..So,senang la nak sediakan documents yg diperlukan utk di lampirkan semasa  memohon visa. Sebagai contoh, family saya nak pergi Jepun sebab  nak melawat adik yang budget comey..so,kami pilih kategori visiting relatives@ friends.

3) Documents yang diperlukan adalah seperti berikut:

      # Original  Passport (pastikan tarikh passport tak luput ea)
      # Borang Permohonan Visa (attach sekali dgn pic visa yg berukuran 2in X 2in )
Contoh borang permohonan


      # Itinerary ( details perjalanan di Jepun )
Itinerary (contact boleh letak hotel num @ person )

       # Employment Certificate (self explanatory letter utk yg tak bekerja).untuk kes saya, mak bekerja di sektor gov so,minta opis buat surat pengesahan perkhidmatan in English)

          #  Personal savings, latest current account statement.Ayah pergi ke tabung haji dan minta account statement dan disahkan oleh pegawai..Kalau guna bank lain pon boleh dan minta pengesahan dgn pegawai di bank tersebut.(sila bawa yg original semasa urusan permohonan visa).

          #   Salinan surat nikah (untuk kes saya, surat nikah mak dan ayah) adik beradik yg lain tak kawen lagi..so,tak perlu pening kepala cari surat nikah or gatai kawen semata2 nak lampirkan surat..heee

          #  Guarantee Letter (Guarantor adalah adik saya yg kat Jepun tuh) so,tulis la detail beliau dekat part guarantor..Nama ayah saya letak kat visa applicant (as representative).Then, saya lampirkan kan senarai nama applicant yg lain.

          # Akhir sekali susun dokumen ikut turutan seperti di atas.Disebabkan adik saya pelajar disana. Jadi,saya kena lampirkan elien kad,passport, surat beranak adik saya,then, surat beranak kami anak beranak pn kena lampirkan sekali utk rujukan embassy.


Hah..mudah kan..Selepas semua dokumen sudah lengkap, boleh lah rasa confident pergi embassy dan mohon visa anda..part berapa dwet kena ada dlm account tuh tak perlu risau sbb embassy tak pernah state berapa amount yg diperlukan.Mereka akan periksa sama ada bilangan hari yg anda spend di Jepun dgn dwet yg anda ada berpatutan atau tidak..so,don't worry ea.Sila jgn datang pd pukul 12 tgh.sebab??embassy tutup dan anda kena teman pak guard tunggu kat luar smapai pukul 2pm.heee

Then,bila dah siap dan dah hantar kat embassy.Anda boleh kutip visa selepas 2 hari bekerja..


Ini ialah contoh visa yg dah siap! 

Bila dah siap sume visa.jadi boleh la tengok internet tempat2 menarik di Jepun sambil berangan-rangan dan senyum sendiri..Dan bagi orang macam saya yang tak pergi tp,mengorbankan diri utk sediakan visa family.Anda berhak minta saguhati drpd ahli keluarga anda..Semua org satu cenderahati dri Jepun!

Untuk memudahkan semua pihak,mak telah mengambil langkah yg bijak dgn membeli fail utk setiap orang.Dalam fail yg comey tuh boleh letakkan passport,tiket flight dan lain-lain dokumen seperti dibawah..

Semua orang ada fail masing2..sila contohi mak saya..hee



Mudah-mudahan dapat manfaat =)