Friday, September 26, 2014

Cool ker jadi Engineer??

Assalamualaikum.

Kisah seorang jurutera!

******

Aku masih ingat lagi masa kecik-kecik dulu cikgu suka tanya soalan...Apakah cita-cita kamu??atau straight foward sikit " Dah besar nak jadi apa??"..Bukan cikgu-cikgu jer suka tanya..Even aku sendiri suka tanya adik aku..hehehe..

Ok berbalik kepada soalan tadi.Kebanyakan dari kita akan jawab cita-cita yang biasa menitir di bibir murid-murid.contohnya, cikgu,polis,doktor dan kalau up sikit cakap jurutera. itu pun sebab bapak die engineer. kenapa kita dulu selalu sebut cita-cita yang kebanyakan orang sebut jugak..atau kata lain typical cita-cita..hehehe .sebabnya simple ..dalam buku suka bagi contoh  doktor,polis dan cikgu..tapi sekarang aku rasa budak-budak dah pandai..nak jadi angkasawan sgt popular kebelakangan ni..tapi aku dapat agak future nanti ramai budak tukar cita-cita nak
 jadi Briged Al-Qasam..hehehhe.cool kot!

Sebenarnya aku juga tak ketinggalan bersama-sama adik2 di atas..hehehe.Rasanya,aku tak penah terpikir untuk menjadi engineer. Serius tak tipu! Tapi Allah telah merancang sebaik-baik perjalanan untuk aku..Jadi,kini aku seorang engineer yang berumur setahun lebih-lebih..hehhehe


Buat adik-adik yang sedang berfikir-fikir patutkah anda menjadi engineer..sila baca post ini sampai habis!

Bawah nie aku senaraikan job scope engineer..iaitu kerja yang sedang aku buat;

1) Kena design! klau nak jadi engineer at least kena paham baca drawing..SERIUS! nie part paling aku tak suka....hahahha

2) Kena buat prodcution schedule utk projek..kita kena budget masa atau tempoh bila dan akhir projek boleh disiapkan..kiranya kita kena pandai plan..pastu dah siap plan bagai kena la jugak estimate kos..termasuklah kos material dan labor..disni guna simple math je..anda pasti boleh!

3) Buat prosedur carakerja..contohnya..kalau nak buat pensil..macam mana cara dan step utuk buat pensil..atau orang panggil buat work instruction.nie pun tak suka sangat..hahaha..sume benda cam tak suka..


4) Terlibat dengan 5S!yang ni paling malas..nak tampal file dan susun file ikut standard bagai..pastu stationaries kena label dan letak dalam foam board..meja kena kemas..huhuhu..nie semua kena wat sendiri..even kerja menampal dan print pon sendiri ok!

5) Kerja luar..nie best!sangat suka! cari barang dan jumpa supplier..time ni  ler blaja nak kenal barang..yang lagi best kalau ada problem pastu kena solve..itu memang mencabar..kiranya kita jadi penyiasat dan come out dengan recommendation..maknanya kena buat report ler..hahahhaha..kadang-kadang memo dan proposal pun kena buat..


Pendek kata jadi engineer ni sume benda kena buat..potostat pun sendiri ek..anda bukan boss beso yang ada kerani buatkan!air pun buat sendiri tau!

Kepada adik-adik,,jangan takut nak jadi engineer..walau gaji kecik tapi kita kerja untuk Allah dan demi Allah..sekian..


No comments: